KUALA LUMPUR – Selepas beberapa video pergaduhan di jalan raya tular, penyanyi Hafiz Suip, 34, akhirnya tampil memohon maaf berhubung insiden yang berlaku.
Sebagai seorang ‘budak’ ataupun individu yang lebih muda, Hafiz berkata, dia memohon maaf di atas perkara tersebut.
Melalui satu rakaman video oleh kawannya, Uthman Daud, Hafiz dan seorang lagi individu berdamai dengan masing-masing mengakui kesilapan.
Individu terbabit mengakui kekhilafannya hingga menambah kekeruhan.
“Saya pun mengaku salah, saya pun marah ada buat sesuatu uncle tidak suka, jadi saya minta maaf.
“Sebagai seorang yang lebih budak (muda) daripada uncle, saya minta maaf,” kata Hafiz dalam rakaman berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya menghulurkan tangan dengan pelantun lagu Awan Nano itu.
Hafiz juga dilihat berpelukan dengan lelaki berkenaan sebagai tanda perdamaian.
Terdahulu, tular sebuah klip video tular di media sosial memaparkan Hafiz terlibat dalam satu pergaduhan di jalan raya.
Dalam kejadian itu, Hafiz disembur dengan pepper spray sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. – MalaaysiaGazette
Artikel berkata:-