Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi hari ini

KOTA TINGGI – Dua maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 15 Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Abdul Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 11.52 pagi.

“Susulan itu seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang melibatkan enam mangsa menaiki Mitsubishi Xpander, Perodua Viva, sebuah lori Isuzu dan sebuah motosikal jenis Y16.

“Dua mangsa meninggal dunia iaitu seorang perempuan dewasa dalam Mitsubishi Xpander dan seorang lelaki dewasa yang menunggang motosikal.

“Seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa dalam Mitsubishi Xpander cedera.

“Selain itu pemandu lori 5 tan terbabit dan juga seorang wanita dewasa dalam Perodua Viva turut cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa yang cedera pula dibawa ke klinik berhampiran dengan menaiki kenderaan sendiri bagi mendapatkan rawatan lanjut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast