KUALA LUMPUR – Sindiket dadah yang aktif sejak awal tahun ini di kawasan Sentul dan Kuala Lumpur diberkas dalam serbuan yang dilakukan polis pada 30 Ogos lalu di Residensi Eco Sky.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, dua pengedar yang menjual dadah di pusat-pusat hiburan kawasan tersebut ditangkap di depan pos pengawal kondominium itu.

Mereka kemudian membawa kepada dua lokasi penyimpanan dadah.

Katanya, polis menemui dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat keseluruhan 48, 757 gram di lokasi penyimpanan pertama iaitu di Blok A kediaman tersebut.

Manakala, dadah jenis ketamin (Anggaran berat: 103.75 gram) dan (2) alumunium foil berwarna merah/silver mengandungi 16 biji dadah disyaki erimin 5 ( 4.32 gram) ditemui di lokasi ketiga serbuan.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut komputer riba berwarna hitam jenama Lenovo; komputer riba berwarna perak jenama NEC; dua buah telefon berwarna ungu tidak berjenama; telefon berwarna hitam tidak berjenama; telefon berwarna ungu jenama vivo; telefon berwarna biru jenama vivo; telefon berwarna hijau jenama Honor; telefon berwarna biru jenama iPhone 13 pro max; seutas jam tangan jenama Bonia Dragon Edition termasuk wang tunai yang disyaki hasil daripada jualan dadah bercampur sebanyak RM1,543,” katanya ketika sidang media di sini hari ini/

Ujarnya, jumlah rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM59,542.

Terdahulu katanya, kesemua dadah yang dirampas untuk dijual kepada 49, 872 penagih.

Sementara itu Ahmad Sukarno berkata, kedua-dua pengedar berkenaan didapati positif dadah jenis Methamphetamine/ Amphetamine dan Ketamin.

“Suspek pertama iaitu lelaki mempunyai satu rekod jenayah. Manakala suspek kedua perempuan tiada rekod.

“Kedua – dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 31 Ogos sehingga esok. Permohonan sambungan reman keatas kedua – dua suspek akan dibuat pada Jumaat.

“Kes disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan,” jelasnya.-MalaysiaGazette