Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tiga negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan didapati belum menubuhkan unit integrity.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, unit integriti adalah penting untuk memastikan komitmen semua 156 PBT dalam menyokong usaha kerajaan membanteras rasuah.