Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR- Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Guangzhou, sedang memantau dengan teliti perkembangan Ribut Tropika Yagi yang dijangka mendarat di selatan China, termasuk Hainan dan Guangdong.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh taufan tersebut.

Katanya, sehingga 3 petang waktu tempatan pada 5 September 2024, Ribut Tropika Yagi terletak lebih kurang 350km selatan-tenggara dari Hong Kong.

Ia dijangka bergerak ke arah barat-barat laut dengan kelajuan 15km/j melintas bahagian utara Laut China Selatan.

“Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong atau Guangzhou melalui butiran yang disediakan di bawah:

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI HONG KONG

Alamat: 24th Floor, Malaysia Building, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong, China

No. Telefon:   (852) 2821 0800 (waktu pejabat), (852) 2865 1628

Emel:   [email protected]

-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast