Aisha Noor Ezgi Ayci.. Foto Anadolu

TEHRAN – Gerakan penentangan Jihad Islam Palestin mendakwa Amerika Syarikat (AS) adalah rakan sejenayah kepada jenayah rejim Israel dengan memberi contoh pembunuhan aktivis hak asasi manusia Turki-Amerika, Aisha Noor Ezgi Ayci.

Pembunuhan aktivis muda itu di depan mata seluruh dunia menambahkan lagi jenayah perang yang dilakukan oleh rejim zionis, kata Jihad Islam dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Palestin, Shehab.

Pentadbiran AS yang berdiam diri dalam isu itu menunjukkan negara berkenaan mengabaikan semua prinsip hak asasi manusia yang didakwanya, kata kenyataan itu lagi.

Aisha, 26, ditembak mati oleh tentera Israel semasa perhimpunan menentang penempatan haram rejim di Beita, Nablus, di utara Tebing Barat pada hari Jumaat.

Semasa konfrontasi, pasukan tentera rejim zionis menggunakan pemanah perang, bom sofar dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan. – Agensi