Foto RTM

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 hari ini.

Beliau dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut dikurniakan PMN ialah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sementara itu, lima lagi individu turut dikurniakan PSM bersama Hamidin iaitu Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal.

Penerima lain adalah Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast