KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej vokasional maut selepas maut digilis kenderaan berat.di Jalan Telok Gong, Klang, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihak menerima aduan mengenai insiden yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Katanya, siasatan mendapati nahas itu membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kenderaan berat.

“Semasa kejadian kedua-dua penunggang motosikal itu sedang dalam perjalanan dari arah bertentangan bergerak lurus lalu bertembung di tengah-tengah jalan.

“Akibat pertembungan itu, mamgsa seorang pelajar kolej vokasional berusia 18 tahun tercampak di atas jalan raya lalu digilis sebuah kenderaan berat yang masih belum dikenalpasti lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hoong Fong, pelajar itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah.

Tambah beliau, mangsa parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa  dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

“Kenderaan berat yang terlibat dalam nahas berkenaan masih tidak menyedari tentang kemalangan itu dan kita masih mengesan kenderaan itu,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, kes sedang disiasat di bawau Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis trafik Klang Selatan melalui talian 03-33722222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast