Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dakwaan tersebut adalah berita tidak benar selepas pihaknya mendapatkan pengesahan daripada SPRM.

“Tiada tangkapan membabitkan ketua polis negeri dilakukan SPRM, berita itu tidak benar,” katanya kepada Bernama.

Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan imej PDRM.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut menafikan mengenai tangkapan membabitkan ketua polis negeri berkenaan dan menyifatkan berita tersebut adalah palsu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof turut menafikan perkara tersebut.

“Cerita tak betul…banyak lagi cerita tidak betul dalam media sosial bukan hanya tentang ini sahaja,” katanya.

Terdahulu tular di alipkasi Telegram berhubung tangkapan melibatkan seorang ketua polis negeri oleh SPRM dan turut menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast