Gambar hiasan

KOTA BHARU- Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam.

Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dan menahan wanita terbabit pada 6 petang.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaganya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast