SERDANG – Reruai ‘Petting Zoo’ pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, menerima sambutan yang menggalakkan.
Pengurus reruai ‘Petting Zoo’, Khairul Harith, 22, berkata, reruai kendaliannya menjadi daya tarikan orang ramai terutama kanak-kanak kerana mereka dapat merasai pengalaman bermesra sambil belajar mengenai haiwan yang dipamerkan.
“Selain itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang bermesra dengan pelbagai haiwan seperti ular, arnab, burung dan sebagainya tetapi dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai sikap dan sifat haiwan berkenaan,” katanya, di sini, hari ini.
Menurut Khairul, pengunjung hanya perlu membayar tiket masuk sebanyak RM5 dan tambahan RM2 jika mahu memberi makanan kepada arnab.
Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd Almi Wahab, 36, dari Bandar Saujana Putra, Selangor berkata, dia berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan untuk memudahkan orang awam bergerak ke setiap zon reruai.
“Ini merupakan kunjungan kali yang ketiga, dan bagi pendapat saya, MAHA tahun ini lebih tersedia berbanding sebelumnya,” katanya.- MalaysiaGazette
BOLEH KE PIHAK MEDIA SIARKAN WAJAH KANAK-KANAK TANPA PENGETAHUAN IBUBAPA?