Seorang lelaki maut selepas treler yang dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah van di Kilometer 286.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Simpang Pulai, Perak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.41 pagi.