Pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura.

KUALA LUMPUR – Laman sosial Instagram pelakon , Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah, 33, teruk diserang netizen susulan perceraian dengan Fazura.

Desas desus mengenai keretakan rumah tangga mereka menjadi kenyataan apabila Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya, hari ini, untuk memfailkan permohonan penceraian.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai perceraian mereka tidak dinyatakan.

Sebelum ini, muncul berita kononnya Fattah telah curang di belakang Fazura.

Susulan itu, laman sosial Instagram milik pelakon lelaki tersebut dibanjiri netizen apabila mereka ‘ambil bahagian’ sejurus berita perceraian pasangan tersebut dilaporkan media.

Ruangan komen milik Fattah telah menjadi tempat netizen meluahkan kekecewaan terhadap pelakon itu.

“Fazura tu punya la cantik, kecewa aku dengan Fatah ni.”

“Salam Bang Fattah, tahu nama Fattah tapi jangan sesekali Fattahkan hati perempuan bang, lagipun dia cantik.”

“Entahlah Fattah, mesti betul khabar angin kalau tak, mesti tak jadi macamni,” merupakan antara ungkapan beberapa pengikut Instagram Fatah.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.  – MalaysiaGazette