Seorang pembantu kedai makan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan menyamun wanita warga emas berusia 71 tahun di sebuah apartment di Cyberjaya, di sini semalam.

SEPANG – Seorang pembantu kedai makan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan menyamun wanita warga emas berusia 71 tahun di sebuah apartment di Cyberjaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, perintah reman ke atas suspek warga asing itu dikenakan bermula hari ini hingga 20 September.

“Suspek berusia 25 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis telah menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun.

Wan Kamarul berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 12.08 tengah malam.

Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di Cyberjaya dan menahan seorang lelaki warga asing.

Tambanya lagi, dalam serbuan itu, polis turut merampas telefon pintar dan barang kemas milik mangsa yang dipercayai disamun suspek. – MalaysiaGazette

Warga emas dirogol, disamun di tangga kondominium

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast