Dari kiri, Mizan Masram, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan - Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam; Datin Sarah Muttalib, Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam; Atsushi Ichii, Pengarah Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd dan Leslie Yap, Pengarah Urusan Nomura Asset Malaysia Sdn Bhd semasa majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Nomura Asset Management di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memeterai kerjasama dengan Nomura Asset Management Malaysia (Nomura) sebagai rakan pengurus aset, menandakan kerjasama langsung pertama Bank Islam dengan firma pengurusan aset global.

Kerjasama strategik ini memperluaskan penawaran produk patuh syariah melalui enam produk pelaburan yang ditawarkan.

Dana berkenaan termasuk Dana Ekuiti Semikonduktor Syariah Global Nomura, Dana Ekuiti Lestari Syariah Global Nomura, Dana Pertumbuhan Strategik Syariah Global Nomura, Dana i-Income Nomura, Dana i-Cash Nomura, dan Dana i-Income Nomura 2.

Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Datin Sarah Muttalib berkata, bank ini komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif dan relevan untuk para pelanggan.

Nomura selari dengan nilai-nilai Bank Islam dan terkenal dengan komitmennya terhadap kelestarian dan amalan beretika yang berasaskan prinsip Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG).

Pengarah Urusan Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. yang juga Ketua Perniagaan Negara bagi Nomura di Malaysia, Leslie Yap, CFA berkata, bersama Bank Islam, Nomura memperluaskan capaiannya kepada pangkalan pelabur yang lebih luas seiring dengan peningkatan permintaan terhadap dana patuh syariah dan mampan dalam kalangan pelabur.

Bank Islam menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif, disesuaikan dengan keperluan pelbagai pelanggan.

Portfolionya melangkaui Pelaburan Amanah Saham, termasuk dana patuh syariah Nomura termasuk Perlindungan Takaful, Perancangan Harta Pusaka, Produk Pasaran Modal, dan lain-lain.

Bank Islam juga memperkenalkan Perbankan Kekayaan Premier, yang direka khas untuk pelanggan yang mencari tahap kepakaran yang tinggi.

Dengan perkhidmatan eksklusif ini, pelanggan akan mendapat manfaat daripada nasihat kewangan peribadi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, serta sokongan khusus daripada pengurus hubungan yang semuanya bertujuan untuk membantu mereka mencapai matlamat kewangan mereka.

“Di Bank Islam, kami menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang,
daripada pengumpulan kekayaan dan perancangan perlindungan kepada strategi persaraan.

“Tawaran Pengurusan Kekayaan Islam kami, berteraskan konsep “Dari Buaian ke Akhirat,” yang inklusif, memenuhi keperluan pelanggan Muslim dan bukan Islam,” kata Sarah.

Menerusi kerjasama ini, dana patuh Syariah Nomura kini tersedia buat pelabur Malaysia melalui saluran agihan Bank Islam dan cawangannya di seluruh negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast