Rafida Zaiddin (baju putih) bersama Naib Canselor dan pengurusan UMS.

KUALA LUMPUR – Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) mahu kisah Rafida Zaiddin yang tular membawa guni untuk memuatkan barangannya semasa mendaftar masuk ke universiti dijadikan contoh dan iktibar kepada pelajar lain.

Prof. Datuk Dr Kasim Mansur berkata, sesungguhnya kekurangan kemampuan itu bukan penghalang malah membakar semangat untuk terus berjaya dan maju ke hadapan.

Beliau menyifatkan tindakan Rafida sebagai suatu yang kreatif dan menjimatkan apabila barang-barang seperti barangan mandian, kelengkapan asrama dan lain-lain barangan lagi dimasukkan sekali ke dalam guni tidak berciciran.

Barang-barang yang diisi oleh Rafida di dalam guni plastik untuk dibawa ke UMS semasa hari pendaftaran, Sabtu lalu.Ia kerana, Rafida bersama bapanya dengan menaiki bas dari Kampung Sim-Sim, Sandakan ke UMS di Kota Kinabalu Sabtu lepas.

Bapa Rafida seorang peniaga kecil di daerah tersebut,

Dr Kasim berkata, beliau sempat bertemu Rafida, pelajar baharu jurusan perakaunan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan yang merupakan pelajar baharu UMS ambilan Sesi 2024/2025.

Naib Canselor UMS itu menambah, beliau telah memaklumkan kepada Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk membantu Rafida dan juga pelajar-pelajar lain yang memerlukan bantuan dari segi bantuan peribadi mahupun sokongan moral untuk memberi dorongan dan semangat kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari golongan B40. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here