Home Nasional Motosikal ‘bergerak’ sendiri di Lebuh Raya Persekutuan

Motosikal ‘bergerak’ sendiri di Lebuh Raya Persekutuan

@malaysiagazette

Tular sebuah motosikal tanpa penunggang memasuki Lebuhraya Persekutuan berdekatan kawasan Mentari Court sebelum memasuki semula ke laluan asal. Ia dipercayai akibat pelanggaran dua buah motosikal di laluannya. MGViral MalaysiaGazette

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

 

KUALA LUMPUR – Video sebuah motosikal ‘bergerak’ tanpa penunggang di Lebuh Raya Persekutuan hingga tular di media sosial sejak semalam.

Rupa-rupanya kejadian itu berlaku selepas penunggangnya terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan.

Terdahulu, pihaknya telah mengesan rakaman berdurasi 39 saat itu menerusi aplikasi X oleh pemilik akaun Syazwan Zanini sekitar pukul 10.07 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan di lorong motosikal Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam telah menyebabkan mangsa yang menaiki motosikal jenis Modenas GT 128 terjatuh dari kenderaanya.

“Sebelum motosikal itu bergerak masuk laluan utama di lokasi kemalangan dan terakam dalam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang melalui lalua berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulnizam, pihaknya juga telah menghubungi pemilik akaun terbabit dan mangsa yang terbabit kemalangan berjaya dikesan.

Mangsa akan hadir membuat laporan polis hari ini, katanya.

Sehubungan itu, Shahrulnizam menngingatkan kepada semua pengguna untuk mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan.

“Polis tidak akan berkompromi kepada mana-mna pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambi tindakan tegas kepada mana-mana pengguna yang melanggar undang-undang,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast