Home Nasional SUV remuk dirempuh pemandu 19 tahun di Plaza Tol Gombak

SUV remuk dirempuh pemandu 19 tahun di Plaza Tol Gombak

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau!

Sebuah kenderaan utili sukan (SUV) yang baharu digunakan pemiliknya terbabit dalam kemalangan selepas dilanggar secara mengejut dari belakang di Plaza Tol Gombak dekat sini  baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asistent Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 1.40 petang pada 6 Oktober lalu melibatkan dua buah kenderaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi dan pengadu yang memandu kereta jenis Cherry Omeda 5 merupakan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan Genting Highlands menghala ke Johor.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Mercedes A180  yang dipandu lelaki berusia 19 tahun telah melanggar belakang kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.

Orang ramai yang melihat atau mepunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mohd Faizul Suhaimi Ismail di talian 019-656 5975 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis.

Terdahulu, tular rakaman papan pemuka memaparan detik cemas pemilik kenderaan SUV dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaa secara mengejut hingga mengalami kerosakan yang teruk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast