Zaida Zainul Rizam

KUALA LUMPUR – Pelajar perempuan tingkatan empat, Zaida Zainul Rizam yang dilaporkan hilang sejak 10 Oktober lalu ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditemui orang awam jam 4.30 petang semalam.

“Orang hilang terbabit kemudian dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Bukit Jelutong.

“Dia ditemui dalam keadaan selamat, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Gadis ini dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah.

Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah di Subang Jaya kira-kira jam 1.30 tengah hari. – MalaysiaGazette

Zaida Zainul Rizam hilang dari sekolah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast