Tan Sri G Vadiveloo

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri G Vadiveloo dilaporkan meninggal dunia pada 11.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Mendiang yang berusia 92 tahun meninggal dunia kerana sakit tua.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menyifatkan kematian Vadiveloo satu kehilangan yang amat dirasai oleh parti itu.

Malah, beliau secara peribadi amat rapat dengan mantan Setiausaha Agung MIC itu.

“Ini adalah satu kehilangan besar tanpa galang ganti, hakikatnya bukan sahaja untuk MIC sebagai keluarga besar tetapi secara peribadi, saya amat terasa dengan kehilangan ini.

“Mendiang telah banyak menabur jasa kepada MIC dan keseluruhan masyarakat India di negara ini dengan mengabdikan dirinya dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan politik selama puluhan tahun. Pastinya kehilangan ini sesuatu yang besar buat parti dan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran

Mendiang akan dikebumi esok dan penghormatan terakhir bermula dari tengah hari hingga 2 petang di kediamannya di Jalan Bukit Desa 3, Lorong Seputeh.

Jasad mendiang kemudian akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Vadiveloo berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dari 13 April 1992 hingga 12 Jun 1995. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast