MERSING – Enam warga asing ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam operasi di tiga premis rumah inap di sini.
Penahanan itu dilakukan selepas memeriksa 12 orang warga asing, kata pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.
Mereka yang ditahan itu seorang lelaki Bangladesh dan lima warga Indonesia termasuk empat wanita.
Mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 54 tahun selepas JIM menerima aduan yang menyatakan terdapat sejumlah warga sing bekerja tanpa pas serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk tinggal di negara ini.
Kesemua warga asing yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa. – MalaysiaGazette