Antonio Guterres

INSTANBUL- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres terkejut dengan keadaan situasi mengerikan dan kadar kematian, kecederaan serta kerosakan di utara Gaza.

Antonio turut mengkritik pihak berkuasa Israel yang terus menghalang bantuan kemanusian dengan beberapa pengecualian.

Beliau turut memberi amaran nasib mengenai rakyat Palestin yang terperangkap di wilayah itu dan tidak mampu mempertahankan diri daripada keganasan tentera Israel.

Tambah Guterres dalam kenyataan yang dikeluarkan jurucakap beliau, Stephane Dujarric, keadaan sangat kritikal di Jabalia, Beit Lahiya dan Beit Hanoun di mana ramai orang awam terperangkap di bawah runtuhan dan tidak mempunyai akses kepada perubatan, makanan serta perlindungan.

Selain itu, penangguhan kempen vaksinasi polio turut menyebabkan ribuan kanak-kanak berdepan risiko.

Sehubungan itu, Guterres menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera, manakala tebusan pula dibebaskan tanpa syarat berikutan konflik yang berlangsung lebih setahun itu sudah tidak lagi menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast