Polis terpaksa lepaskan dua tembakan selepas suspek curi kabel TNB cuba rempuh kenderaan pasukan serta orang awam di Jalan Kelawai, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Lelaki yang merempuh kenderaan polis dan orang awam hingga menyebabkan anggota bertugas terpaksa melepaskan dua das tembakan dalam kejadian di Jalan Kelawai di sini, disambung reman empat hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, juruukur tanah berusia 32 tahun itu dibenarkan sambung reman sehingga 2 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyeh 39 Akta Senjata 1960.

“Selain itu, hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.

“Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Polis lepas dua tembakan, suspek curi kabel TNB diberkas

MalaysiaGazette pada Jumaat lalu melaporkan pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk menghentikan kenderaan dinaiki suspek kes curi kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas lelaki itu bertindak agresif merempuh kenderaan anggota serta orang awam di Jalan Kelawai.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, tembakan dilepaskan anggota ke arah tayar bahagian hadapan kenderaan suspek yang sedang bergerak walaupun diarahkan berhenti.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, ketika kejadian suspek dipercaya sedang merancang untuk mencuri kabel di Bilik Pencawang TNB berhampiran Plaza Gurney di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast