KUALA LUMPUR – Pelabur institusi tempatan merekodkan jualan bersih hanya pada hari Isnin berjumlah RM79.9 juta, dan merupakan pembeli bersih sepanjang minggu, dengan belian bersih keseluruhan RM641.9 juta.
Manakala pelabur asing terus menjual ekuiti di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut namun dengan aliran keluar yang lebih kecil sebanyak RM392 juta, kata MIDF Research.
Pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan mingu lalu kecuali pada hari Isnin dan Rabu, dengan hari Khamis merekodkan aliran keluar terbesar sebanyak RM368.3 juta.
Pada hari-hari lain, aliran keluar adalah antara RM108.9 juta hingga RM169.1 juta, tambahnya.
Tiga sektor teratas yang menyaksikan aktiviti belian bersih oleh pelabur asing ialah perladangan (RM130.2 juta), pembinaan (RM71.3 juta), dan produk & perkhidmatan perindustrian (RM48.7 juta).
Sementara itu, pelabur runcit tempatan menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia selepas membeli untuk minggu sebelumnya, menjual RM170 juta dalam ekuiti.
Firma penyelidikan itu berkata, purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan merentas semua kelas pelabur kecuali pelabur asing, lebih rendah sebanyak -10.2%.
Peruncit tempatan mengalami keuntungan tertinggi pada 24.9%, manakala institusi tempatan mencatatkan peningkatan sebanyak 11.4%. – MalaysiaGazette