KUALA LUMPUR – Rock Warrior Music Festival yang sepatutnya berlangsung dua hari mulai 23 November ini ditangguhkan Mei tahun depan.

Penganjur, Rumah Produksi Merah Sdn Bhd membuat keputusan tersebut atas faktor ketidaktentuan cuaca.

Wakil penganjur, Datuk Eddy Amir Salim berkata, pihaknya enggan mengambil risiko berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu, akhir-akhir ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira ramalan cuaca yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat dan risiko banjir di kawasan terbabit dan beberapa negeri lain di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingin berlaku termasuk risiko banjir.

“Ini berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa monsun timur laut (MTL) dijangka bermula pada awal November dan berterusan hingga Mac tahun depan,” tambahnya.

Untuk makluman, festival tersebut sepatutnya berlangsung di KL Base, Sungai Besi.

Rock Warrior Music Festival berkenaan dianjurkan bagi menghidupkan kembali suasana era kegemilangan muzik rock.

Kumpulan rock terkemuka yang sepatutnya membuat persembahan adalah Wings, Search yang dianggotai Kid dan Din serta XPDC.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast