Syarikat pengeluaran air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. menamatkan usahasama di empat cawangan yang ada kaitan dengan siasatan berhubung pengubahan wang haram susulan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia baru-baru ini.-pix FB.

KUALA LUMPUR – Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan,dua pengarah iaitu Shuib atau nama penuh Shahmira Muhamad, 40, dan Koh Choon Guan, 33, mewakili syarikat tersebut selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu hari ini selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, kedua-dua mereka berdepan dengan hukuman penjara dua bulan.

Sementara itu, mahkamah membenarkan syarikat berkenaan membuat bayaran ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada Perkeso.

Mengikut tiga pertuduhan, syarikat tersebut mengaku bersalah sebagai majikan utama seorang lelaki berusia 25 tahun kerana gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada Perkeso bagi bulan Oktober hingga dan Disember 2023 lalu.

Kesemua caruman berjumlah keseluruhan RM97.80.

Manakala pertuduhan keempat hingga keenam, Bubblebee mengaku bersalah gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 untuk lelaki yan sama untuk tiga bulan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast