Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari atas bumbung Foyer Pavilion Suites Bukit Bintang dari tingkat yang tidak dikenal pasti di Kuala Lumpur hari ini. - Foto bomba.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari atas bumbung Foyer Pavilion Suites Bukit Bintang dari tingkat yang tidak dikenal pasti di sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi, Md Fuad Selamat, setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa wanita telah terjatuh dari atas bumbung Foyer Pavilion Suites dan mangsa telah berjaya dikeluarkan pada pukul 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan.

“Kemudian anggota bomba menurunkan mangsa menggunakan
kaedah teknik sistem lowering sehingga diturunkan ke bawah dengan selamat.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa dipercayai bukan warganegara Malaysia dan usianya belum dikenal pasti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast