KUALA LUMPUR- Balai Seni Negara menganjurkan Pameran “Batu Jed: Jejak Beribu Tahun Menuju Kemakmuran Yang Abadi” di Balai Seni Negara bermula hari ini hingga 23 Disember depan.
Pameran tersebut dibawakan Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia sempena meraikan ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Pameran yang menampilkan lebih 100 ukiran jed yang setiap satunya warisan berharga, dipilih melalui tapisan teliti melalui rumah lelong ternama seperti Christie’s, Sotheby’s, dan Bonhams.
Majlis perasmian pameran isempurnakan Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diiringi oleh Shaik Rizal Sulaiman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Balai Seni Negara bersama Dato’ Wong Shung Yen, Kurator dan Penasihat Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia serta Dr. Low Cheong Sin, Kurator pameran.
Orang ramai dijemput hadir ke pameran ini dan melihat sendiri 100 ukiran jed bermutu tinggi ini setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. -MalaysiaGazette















