KUALA LUMPUR- Seorang lelaki autisme dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan lemas di anak sungai Keluang Kecil, Kampung Raja, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, bagaimanapun kematian mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Helmi Azman, 26 tahun itu tidak diklasifikasikan sebagai korban banjir.
Menurut Md Sani, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak satu mayat tersangkut pada dahan pokok dalam anak sungai Keluang Kecil, Kampung Raja, berhampiran sebuah sekolah menengah.
“Pasukan Penyelamat hadir ke tempat kejadian lebih kurang 12.15 tengah hari dan mayat dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan pengecaman oleh keluarga pada jam 1.30 petang.