Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, selepas dilengkapkan, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), Selasa depan untuk arahan selanjutnya.

“Sehingga hari ini (Sabtu), polis telah menerima sebanyak sembilan laporan berkaitan isu ini.

“Selain itu, polis juga sudah merakam lima keterangan daripada individu yang terlibat secara langsung dalam insiden terbabit,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama lima tahun.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian atau kemudahan rangkaian.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here