Gambar hiasan.

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, bilik gerakan telah menerima laporan tersebut kira-kira pukul 4.40 pagi tadi dan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, polis menemukan mangsa terbaring di dalam sebuah bilik di unit apartmen tersebut dengan kesan tetakan pada bahagian badan. Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi.

“Susulan kes pembunuhan itu, polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Irwan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, ASP Sylvarius Gopog di talian 013-863 7241. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast