Kenderaan yang terlibat perkhidmatan ‘ulat teksi’ mungkin akan dilucut hak bagi mencegah aktiviti haram itu daripada berleluasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengadakan perbincangan lanjut bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) sejak tiga bulan lalu bagi memastikan aktiviti itu ‘dihapuskan’ dan diselesaikan.















