KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak Palestin melancarkan penentangan keras terhadap arahan menteri Israel yang meminta pihak berkuasa merampas pembesar suara dan mengenakan denda kepada pihak masjid.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, langkah itu akan mengundang kemarahan umat Islam kerana jelas Israel menafikan hak agama kepada umat Islam di Jerusalem.
“Alasan yang diguna oleh Israel bahawa azan yang selama ini dikumandangkan “menganggu” ketenteraman penduduk Yahudi hanya alasan untuk menekan umat Islam dan menghapuskan hak amalan agama.
“Kami mendesak pemimpin negara-negara Islam bertindak tegas untuk membantah arahan Israel .
“Kami mengesa semua negara Islam memutuskan sebarang hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel,” ujarnya dalam kenyataan.
Mohd Azmi juga menggesa seluruh masjid di dunia bangkit membantah keras arahan melarang azan oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
“Beliau (Itama) mengarahkan pihak polis Israel untuk melarang masjid melaungkan azan dengan alasan ia ‘mengganggu; penduduk Yahudi. Ini adalah provokasi untuk mencetus kemarahan umat Islam,” katanya. – MalaysiaGazette