Lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM 37,000 telah dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor.

SHAH ALAM – Lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM37,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menerusi dua serbuan di lokasi berbeza, semalam.

Pengarahnya, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, seramai 30 anggota penguatkusa dari Pejabat KPDN Shah Alam dan Kuala Kubu Bharu serta wakil pemilik cap dagang jenama teribat dalam Operasi Gempur yang dilakukan serentak jam 12 tengah hari.

“Dalam serbuan pertama di sebuah premis pasaraya tumpuan yang terletak di sekitar Klang oleh pasukan KPDN Shah Alam dengan merampas aksesori wanita seperti gelang, rantai, subang, pengikat dan seumpamanya.

“Sebanyak 6,056 barangan telah disita hasil serbuan ke atas  enam lot kedai di pasaraya itu membabitkan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM20,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala serbuan kedua di Serendah, KPDN Kuala Kubu Bahru menyita 500 barangan antaranya beg tangan wanita menggunakan cap dagangan tidak sah bernilai RM17,000.

Tambah Mohd Zuhairi, barangan tersebut dirampas hasil serbuan di sebuah rumah kediaman dipercayai wujud jualan secara dalam talian menerusi platfom TikTok.

“Kesemua barangan kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan berharap tindakan penguatkuasaan ini dapat memberi isyarat kepada peniaga di lokasi Selangor.

“Ini bagi memastikan mereka lebih berwaspada dan sedia menjalankan perniagaan secara beretika sama ada perniagaan secara premis terbuka, tertutup ataupun di platform dalam talian,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast