KUALA LUMPUR – Bilangan tenaga buruh berada dalam trend peningkatan pada bulan Oktober 2024, naik sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan mencatatkan
17.27 juta orang (September 2024: 17.24 juta orang).

Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan Oktober 2024 kekal pada 70.5 peratus seperti
yang direkodkan pada bulan lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurutnya, bilangan penganggur terus berkurangan kepada 551,400 orang berbanding
555,300 orang pada bulan sebelumnya, merekodkan penurunan sebanyak
0.7 peratus.

Kadar pengangguran tidak berubah pada bulan Oktober 2024 iaitu pada
3.2 peratus, sama seperti bulan sebelumnya.

Manakala bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada
16.72 juta orang pada Oktober 2024 (September 2024: 16.69 juta orang).

Dari segi sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor
Perkhidmatan semakin meningkat, terutamanya dalam aktiviti perdagangan
borong & runcit; perkhidmatan makanan & minuman dan pengangkutan
& penyimpanan.

Pada masa yang sama, sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan & pengkuarian, serta pertanian turut mencatatkan pertumbuhan guna tenaga yang positif pada bulan tersebut.

Kata Jabatan Perangkaan lagi, penduduk di luar tenaga buruh pada bulan Oktober 2024 menunjukkan penurunan kecil iaitu sebanyak 0.02 peratus kepada 7.23 juta orang
(September 2024: 7.23 juta orang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here