Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Masalah teknikal yang dihadapi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, mulai pukul 12 tengah hari semalam hingga menyebabkan kegagalan sistem Autogate dan Kod QR berfungsi sudah diatasi.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, siasatan dalaman sudah dibuat bagi mengenal pasti punca kedua-dua sistem berkenaan gagal berfungsi.

“Hasil siasatan awal yang dilakukan, terdapat masalah di bahagian core switch bangunan dan ini di bawah pengurusan bangunan yang diterajui sebuah syarikat.

“Hasil komitmen yang dilakukan syarikat berkenaan, sistem Autogate dan Kod QR kembali pulih sepenuhnya pada pukul 6.30 petang.

“Ini adalah hasil komitmen yang diberikan syarikat berkenaan bagi memastikan masalah gangguan berkenaan dapat dipulihkan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata, pemantauan akan terus dilaksanakan dalam usaha memastikan gangguan sistem seperti itu tidak berulang.

“Pihak JIM Negeri Johor akan berusaha bagi menambah baik proses kerja dan sistem sedia ada bagi memastikan kelancaran pergerakan di pintu masuk utama Malaysia dan Singapura,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast