Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

KUALA LUMPUR – Datuk Puad Zarkarshi meramalkan Bersatu akan ‘bungkus’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, Bersatu akan menjadi sedemikian jika tidak dapat rakan strategik baru di negeri itu.

“Sebab itu jangan bergantung dengan pelarian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Puad berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang partinya belum memutuskan berapa jumlah kerusi parti itu akan ditandingi di PRN Sabah tahun ini.

Menurut Puad lagi, Bersatu sukar mencari poster boy di PRN Sabah.

“Bersatu satu satunya parti yang bermula dengan ADUN lompat. Parti itu dapat “YB Percuma” kerana mereka “pelarian” daripada parti asal.

“Semua ADUN Bersatu di Sabah asal dari UMNO. Kini mereka masuk GRS dan tinggalkan Bersatu terkontang-kanting. Begitu juga di Semenanjung. Pemimpin utama Bersatu dokongan pelarian politik dari UMNO,” katanya.

Berbanding di Semenanjung, di Sabah parti Pas tidak kuat untuk melindungi Bersatu, dakwa Puad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast