Home 2024
Arkib Tahunan: 2024
JAIM kenal pasti 10 lokasi ‘geng plastik hitam’
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, pemantauan dan pemeriksaan lebih ketat serta berkala akan dilaksanakan sepanjang Ramadan bermula awal pagi sehingga tengah hari khususnya di lokasi tumpuan kaki ponteng puasa menerusi Op Cegah Jenayah Syariah.
4 imam Al Azhar Al Sharif di masjid-masjid terpilih sepanjang Ramadan
Empat imam daripada Al-Azhar yang akan ke Malaysia adalah Syeikh Saber Hony (Anggota Pusat Fatwa Elektronik Global Al-Azhar); Syeikh Dr. Ahmed Mohammed Shebl (Pensyarah Hadith Universiti Al-Azhar dan anggota Pusat Fatwa Elektronik Global Al-Azhar); Syeikh Ahmed Ibrahim Elmashad (Anggota Pusat Fatwa Elektronik Global Al-Azhar) dan Ustaz Muhammad Musa Kasozi (Pemenang Pertandingan Hafazan al-Qur'an Universiti Al-Azhar Al-Sharif).
Permukiman Karisma: Pelbagai isu dilontarkan mahasiswa
Menurut KPT, permukiman Karisma akan diteruskan dengan kumpulan pemimpin seterusnya mengikut zon dan IPT yang juga akan turut melibatkan para pemimpin pelajar dari kelompok Politeknik dan Kolej Komuniti.
Universiti diminta kenal pasti kemudahan kampus yang usang – Zambry
Saya telah mengarahkan pihak universiti untuk memastikan penyelenggaraan kampus diberikan keutamaan. Ada tempat penginapan ini yang tidak dibaik pulih lebih 20 tahun dan keadaan asrama yang usang... menjadi tanggungjawab kita mendapatkan maklumat ini.
Pindaan Akta 355 langkah perkasa mahkamah syariah
Pendekatan intipati yang dilaksanakan dalam memutuskan kes ini, berisiko memberi kesan domino ke atas peruntukan undang-undang negeri lain yang mengandungi konten atau bidang yang sama dalam undang-undang persekutuan, biarpun istilah yang digunakan adalah berbeza.
Persiapan Kembali Ke Sekolah #2024
Ibu bapa mencuba baju sekolah untuk anak bagi persiapan memulakan sesi persekolahan 2024/2025 yang akan dibuka pada esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pakaian Hari-Hari, Sungai Besi. Foto MOHD ADZLAN, 10 MAC 2024.
Sabah pengeluar rumpai laut terbesar
Kawasan utama ternakan ialah Semporna (1,985 hektar, pengeluaran 97.52%), Tawau (447 hektar, pengeluaran 2.38%), Kunak (55 hektar, 0.08%), Lahad Datu (510 hektar, 0.2%) dan Kota Belud (8 hektar).
Buka sekolah, Ramadan serentak, ibu bapa terpaksa bersederhana
Dia hanya membeli barang persiapan sekolah anak-anak yang benar-benar perlu dan selebihnya seperti baju sekolah, beg dan kasut digunakan semula selagi tidak rosak.
MGNews: Memang ‘Perit’ Anak Masuk Sekolah Serentak Sambut Puasa – Luah Ibu Bapa
Bagaimana orang ramai yang mempunyai tanggungan merancang perbelanjaan kerana kosnya dijangka akan lebih tinggi berbanding sebelum ini dengan mengambil kira persiapan barang persekolahan serta puasa dan raya yang akan kunjung tiba.
450 lokasi PJR Ramadan dengan diskaun 30 peratus – Armizan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata program tersebut akan memberi peluang rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas lebih murah berbanding pasaran dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

















