Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) memnyantuni pengunjung yang hadir di lokasi Lestari Niaga di Pusat Penjaja Wirawati di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 2 JANUARI 2025.

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta untuk menerima titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan mana-mana banduan yang diberi keampunan atau pengurangan hukuman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Sultan Ibrahim perlu dibaca dan difahami sebelum apa-apa kenyataan dibuat.

“Kena baca kena hadam dan terima titah Tuanku,” katanya ketika ditemui wartawan selepas mengadakan lawatan Lestari Niaga@KL 2 di Pusat Penjaja Seksyen 10, Wangsa Maju, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Istana Negara bahawa permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya sama ada titah berkenaan ada kaitan dengan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini Anwar berkata “Ya kena baca, kena baca”.

Istana Negara dalam kenyataan ini memaklumkan kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa prerogatif itu termaktub berdasarkan kepada peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Melalui kenyataan sama, Istana Negara berkata Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan terbabit.

Melalui kenyataan sama, Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan terbabit.

Dalam pada itu, Istana Negara memaklumkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub di bawah ini Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka.

Isu pengampunan banduan mencetus perdebatan susulan kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak, terutama dalam soal berkaitan Titah Adendum untuk membolehkan bekas Perdana Menteri itu menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui kenyataan sebelum ini berkata, Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukuman tahanan di rumah.

Pejabat Peguam Negara berkata, keputusan oleh Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong akan dibuat berdasarkan tatacara dan saluran sudah ditetapkan mengikut undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain. – MalaysiaGazette

Pengampunan Diraja: Istana Negara keluar kenyataan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here