Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail.

KUALA LUMPUR – Penyedia takaful terkemuka, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) memperkenalkan rider perubatan baharu dikenali Medik Asas sebagai perlindungan kesihatan asas boleh diakses, mampu milik dan mampan untuk semua lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, inisiatif itu penting untuk menangani kebimbangan mengenai kos perubatan yang semakin meningkat dan memastikan lebih banyak keluarga mempunyai akses kepada pelan takaful mampu milik.

“Sebahagian rakyat Malaysia iaitu kira-kira 12.9 peratus dilaporkan tidak mendapatkan rawatan perubatan akibat kekangan kewangan.

“Dengan menyediakan pilihan yang lebih mampu milik dan fleksibel, kami berhasrat untuk mengurangkan bebanan kewangan ini dan meningkatkan taraf kesihatan yang lebih baik untuk semua keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wan Saifulrizal menambah, kekurangan perlindungan ditambah dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat merupakan cabaran besar bagi keluarga berpendapatan rendah yang sering berdepan rawatan perubatan tertangguh dan menjejaskan taraf kesihatan mereka.

Jelas beliau, visi PruBSN melalui Medik Asas melangkaui sekadar menawarkan produk kerana sebahagian daripada misi syarikat yang lebih besar untuk mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih inklusif.

Katanya, ia bagi mengatasi masalah kewangan yang sering menjadi halangan bagi orang ramai daripada mendapatkan rawatan yang mereka perlukan.

“Dengan Medik Asas, bermula dari hanya RM52 sebulan, perlindungan kesihatan asas boleh dimiliki melalui perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka.

“Pilihan mampu milik ini memberikan ketenangan fikiran, memastikan keluarga dilindungi dalam situasi yang sangat memerlukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here