Gambar : JPJ Negeri Pahang

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan Notis Saman Tampal/ JPJ (P) 23 terhadap 12 buah lori kargo muatan besi gelung dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.

Operasi khas itu dilaksanakan susulan  tular di media sosial klip video yang memaparkan sebuah lori kargo treler muatan besi gelung yang dibawa secara bahaya di kawasan terbabit.

“Sebanyak 36 buah lori telah diperiksa merangkumi aspek muatan, kaedah pengisian serta dokumentasi kenderaan dan pemandu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 10 notis saman JPJ(P)22 dan 2 notis Arah Periksa dikeluarkan dalam operasi berkenaan.

Manakala tiga buah lori muatan arang batu, batu dan pasir diambil tindakan dibawah Seksyen 57(1) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana didapati membawa lebih muatan selepas ditimbang.

JPJ Pahang akan terus menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan tindakan diambil terhadap pengusaha dan pemandu lori yang cuai terhadap aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya.

Orang awam juga katanya disaran untuk menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast