Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing merasmikan bas pelancongan 2025 selepas program Engagement Session with Tourism Industry Players (Central Region) anjuran Tourism Malaysia di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JANUARI 2025.

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggesa agensi pelancongan mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan keselamatan para pelancong.

Menterinya, Datuk Seri Tiing King Sing berkata, ia termasuk memastikan pemandu bas persiaran bebas dadah dan mencadangkan agensi pelancong menyediakan dua pemandu bas persiaran bagi setiap perjalanan jauh.

“Sebab ada pemandu bas mengaku yang ambil dadah kerana majikan paksa bekerja lebih 12 jam.

“Ada bas persiaran yang hanya ada seorang pemandu ke Kedah, untuk perjalanan jauh itu. Sediakanlah dua pemandu bagi perjalanan jauh,” katanya ketika berucap di Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Wilayah Tengah 2025.

Beliau merujuk kemalangan tragis melibatkan bas persiaran di  Ayer Keroh, Melaka pada 23 Disember lalu.

Jelas King Sing, kejadian sebegitu boleh memberikan imej negatif terhadap negara.

Nahas membabitkan lima kenderaan itu telah mengorbankan tujuh nyawa termasuk lima sekeluarga. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here