https://www.instagram.com/reel/DEzl5wwsUpV/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

 

KUALA LUMPUR – Akibat enjin terlalu panas dipercayai menjadi punca sebuah lori bergerak sendiri dalam keadaan terbakar di Kilometer (KM) 38, Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya semalam.

Insiden yang mencemaskan orang ramai itu berlaku sekitar pukul 6.30 petang ketika seorang pemandu lelaki dalam perjalanan dari Dengkil menghala ke Puchong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G K Shan Gopal berkata, ketika di lebuh raya itu, pemandu terbabit telah melihat asap keluar dari bahagian enjin lori jeis Inokom.

“Pemandu cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan tapi tidak sempat kerana api merebak dengan cepat sebelum bertindak terjun dari lori itu.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori mengalami luka ringan manakala lorinya hangus terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shan, pemandu lori itu telah memaklumkan insiden itu kepada pemilik lori sebelum diarahkan untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun, katanya, pemilik lori itu tidak mahu membuat tuntutan insurans kerana nilai tuntutan tidak tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here