KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fattah Amin terpanggil untuk melancarkan tudung labuh jenama sendiri menerusi TikTok semalam yang diilhamkan daripada nama ibunya, Azizah Abdul Ghani.

Menurut pelakon berkenaan, tudung bidang 50′ itu sesuai dengan tagline `Menutup Aurat Dengan Sempurna’ oleh kerana tudung bawal yang dijual di pasaran, singkat ketika disarungkan.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, berkata, kesemua tudung yang dijual bersama ibunya dan dua adik perempuan iaitu Raihan serta Intan juga dihasilkan atas permintaan ramai.

“Ibu dan adik-adik saya memang memakai tudung labuh.
Saiznya lebih besar daripada tudung bawal biasa yang singkat. Saiznya saya rasa macam tengah-tengah sebab boleh dipakai oleh semua orang,” demikian menurut laporan HibGlam.

 

Laporan portal itu turut menyatakan, dalam siaran langsung tersebut, Fattah sempat ‘mengusik’ dua adik perempuannya yang disifatkan sebagai pemalu untuk berinteraksi ketika menjual tudung.

“Maafkan adik-adik saya, mereka penata gaya beginner. Terkebil-kebil nak pakaikan tudung pada ibu dan mereka kali pertama buat siaran langsung.

“Mereka pun memang susah nak bercakap, suara pun tak keluar ibarat dalam mulut ada berlian. Saya pun sebelum ini begitu juga tetapi selepas jadi pelakon, barulah banyak cakap.

“Ibu selepas ini pengasas jenama tudung, akan susah nak cari dia nanti,” selorohnya.

Dia juga turut menzahirkan rasa terkejut dan berterima kasih kepada semua individu yang membeli tujuh rekaan tudungnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast