Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menempelak Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng yang membidas beliau berhubung langkah untuk menyaman Timbalan Ketua Publisiti MCA Johor, Law Yiak Kwang.

Akmal berkata, MCA perlu merenung fakta bahawa parti itu mempunyai dua wakil rakyat di Parlimen kerana sokongan kaum Melayu.

“Cuba renung juga, dua kerusi yang kamu menang tu di kawasan apa.. Takut-takut kamu terlupa dan saya ingatkan,” katanya di Facebook.

Akmal merujuk kepada kenyataan Teik Cheng bahawa Akmal harus merenung kenapa orang bukan Melayu berpandangan negatif terhadapnya.

“Kata-kata dan tindakan Akmal telah berulang kali mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.

“Ini bukan sekadar pendapat peribadi (Timbalan Ketua Publisiti MCA Johor) Law Yiak Kwang atau mana-mana ahli MCA – ia mencerminkan persepsi yang lebih luas orang bukan Melayu terhadapnya.

“Sikap Akmal bukan sahaja merosakkan hubungan antara parti komponen BN tetapi juga menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Semuanya bermula apabila Akmal memuatkan status di Facebook mengenai hantaran Yiak Kwang yang menggunakan perkataan “癫马” diterjemahkan sebagai “Melayu gila”.

Akmal berkata ini sama ada serangan ke atas dirinya, atau penghinaan terhadap orang Melayu secara keseluruhan.

Yiak Kwang bagaimanapun, menjelaskan bahawa “癫马” adalah frasa biasa di media sosial yang bermaksud: “Akmal yang sentiasa bertindak tidak rasional”.

Dalam pada itu, Akmal berkata, perjuangan beliau dalam UMNO adalah demi mempertahankan agama dan bangsa bukan untuk disukai oleh orang Melayu semata-mata.

Jelasnya, perkara itu dilakukan atas sebab rasa tanggungjawab menjaga kesucian agama dan bangsa.

“Kamu sentuh dan perlekehkannya, kami akan lawan kamu habis-habisan tidak kira kamu dari parti apa,” tegas Akmal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here