Lori milik PDRM remuk selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Cherakah Kapar, pagi.

KUALA LUMPUR – Kemalangan yang menyebabkan empat lelaki cedera termasuk tiga anggota polis berlaku di Jalan Bukit Cerakah berlaku selepas pemandu kereta yang datang dari arah Puncak Alam memotong kenderaan lain di hadapannya dalan hilang kawasan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Akibatnya, ia melanggar lori milik Polis Diraja Malaysia hingga mengakibatkan kereta mengalami kerosakan dan terbakar hampir 90 peratus, kata Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Vijaya Rao A/L Samachulu.

Tambah beliau, nahas itu berlaku ketika pemandu kereta dalam perjalanan ke Kota Damansara.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kereta cedera di kepala dan disyaki patah kaki.

Manakala pemandu dan dua penumpang lori PDRM cedera ringan.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Kumarendran A/L Varatharajo ditalian 017-5253136 atau mana-mana balai polis terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast