Foto: Palestin Action

LONDON – Aktivis rangkaian bantahan pro Palestin, Palestin Action, menyimbah cat merah serta memecahkan cermin di tingkat bawah ibu pejabat BBC di Portland Place, London.

Kumpulan aktivis yang menuduh BBC memperkecil-kecilkan jenayah perang Israel selain cuai untuk mengetengahkan suara penduduk Palestin menyebabkan rangkaian berita itu bersubahat dengan genosid yang sedang berlaku di Gaza.

Ia merupakan kali kedua itu tersebut menyasarkan bangunan tersebut.

Pada November lalu, lebih 100 kakitangan BBC menuduh rangkaian berita British itu bias terhadap Israel ketika membuat liputan peperangan yang berterusan bertahun-tahun lamanya terhadap Palestin di Gaza.

Dalam surat dihantar kepada Ketua Pengarah BBC, Tim Davie yang ditandatangani lebih 200 ahli dalam industri media, termasuk 101 kakitangan BBC yang tidak mahu dikenali, menggesa rangkaian berita itu komited semula terhadap keadilan, ketepatan dan kesaksamaan dalam laporan mengenai tindakan Israel di Gaza.

Foto: Palestin Action

Surat tersebut mengkritik BBC kerana tidak memenuhi standard penulisan dengan menyatakan kekurangan keadilan dan ketepatan bukti berdasarkan bidang kewartawanan secara konsisten dalam laporannya, seperti dilaporkan akhbar, The Indipendent yang memperolehi surat tersebut.

Antara mereka yang menandatangani surat tersebut ialah ahli politik Britain, Sayeeda Warsi dan aktres, Juliet Stevenson..

Mereka menggesa BBC membuat liputan berita tanpa perlu berasa takut atau memihak sebelah pihak selain komited semula terhadap standard editorial tertinggi dengan memberi tekanan kepada laporan yang adil dan tepat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast