KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda Harapan (PH) Ammar Atan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berdebat berhubung isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP).
Menurut Ammar, cabaran debat itu sebelum ini tidak pernah disahut sedangkan ia penting untuk membongkar apa yang disifatkan beliau agenda tersembunyi pihak tertentu dalam isu KWSP.
“Saya cadang 3 hari untuk YB Wee (Ka Siong) menyahut cabaran debat dan mungkin kita berbuka puasa sama lepas itu,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Ammar berkata, banyak pihak termasuk beliau sendiri keliru dengan tindakan Ka Siong yang memainkan isu MAHB untuk menunjukkan seolah-olah KWSP tidak mahir menguruskan dana persaraan rakyat.
Namun, hakikatnya, ujar beliau, kejayaan KWSP telah terbukti apabila mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 6.3 peratus bagi tahun kewangan 2024, sekali gus menidakkan tuduhan tidak berasas terhadap KWSP.
“Masakan pihak yang mampu membayar dividen 6.3 peratus tidak mampu menilai strategi pelaburan dalam MAHB,” katanya.
Sebelum ini, Ka Siong menuntut Ammar menarik balik kenyataan yang disifatkan fitnah berhubung kritikan beliau dalam isu KWSP yang mana beliau tidak pernah menyatakan KWSP berada dalam keadaan kritikal atau bakal memberikan dividen yang lebih rendah bagi tahun lepas.
Ia susulan kenyataan Ammar sebelumnya yang mendesak Ka Siong dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik balik tuduhan terhadap kerajaan serta memohon maaf kepada rakyat KWSP selepas mendakwa kumpulan caruman pekerja itu berada dalam keadaan kritikal dan bakal memberi dividen rendah. – MalaysiaGazette
Isu KWSP: Ka Siong tuntut Ammar tarik balik kenyataan didakwa fitnah
Berdebat dlm mahkamah je laaa…saya cadangkan DS Wee Kah Siong teruskan kes fitnah di mahkamah…buat mcm Lim Guan Eng tempohari