Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai pelbagai matawang antarabangsa bernilai RM170 juta dalam operasi penggeledahan sebuah rumah dan tiga premis yang dipercayai menjadi ‘safehouse’ berikutan penahanan empat pegawai kanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut dirampas 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai RM7 juta.

Perkembangan terkini itu dimakumkan SPRM yang sedang menyiasat kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Meneteri kesembilan itu.

Menurut SPRM, Ismail Sabri sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Katanya, fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ismail Sabri menerajui negara.

Siasatan ke atas bekas Perdana Menteri kesembilan itu dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Sehubungan dengan itu, bekas Perdana Menteri diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Dis 2024 dan pengisytiharan tersebut telah dibuat secara rasmi pada 10 Feb lepas,” menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here