KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membuka permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport (AFAFIST) bermula 3 Mac 2025.
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di pautan https://iportal.ispkp.gov.my/
APAD berkata, melalui perjanjian AFAFIST ini, pengendali berlesen yang berkelayakan berpeluang untuk menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
Operasi di bawah perjanjian AFAFIST ini merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN.
Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN, seterusnya menjadikan rantau ASEAN lebih kompetitif di peringkat global.
Jelasnya, perjanjian ini mencerminkan komitmen negara ASEAN untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.
Maklumat lanjut dan salinan Keperluan Tahap Perkhidmatan Kenderaan Barangan (Peredaran Antarabangsa) (Rentas Sempadan ASEAN) boleh
dimuat turun menerusi pautan:
https://www.apad.gov.my/sumber-maklumat1/garispanduan/keperluan-tahap-perkhidmatan/499-keperluan-tahapperkhidmatan-kenderaan-barangan-peredaran-antarabangsarentas-sempadan-asean/file; dan www.apad.gov.my
Garis Panduan Pelesenan (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) dimuat turun menerusi pautan:
https://www.apad.gov.my/sumber-maklumat1/garispanduan/garis-panduan-kenderaan-barangan/497-garis-panduanpelesenan-peredaran-antarabangsa-kenderaan-barangan-rentassempadan-asean/file
Sehubungan itu, pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan digalakkan untuk mengemukakan permohonan rentas sempadan bagi kenderaan barangan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik di antara negara ASEAN. – MalaysiaGazette















